Snek dan makanan tepi jalan Masakan_Indonesia

Penjual Bakso (bola daging) di Bandung

Dalam banyak bandar ia adalah umum unutk melihat hidangan Cina seperti bakpao (roti), bakmie (mi), dan bakso (bola daging) dijual oleh penjaja jalanan kedai makan serupa, sering disesuaikan menjadi masakan Cina Indonesia. Satu penyesuaian umum adalah bahawa daging babi jarang digunakan kerana kebanyakan orang Indonesia adalah umat Islam. Sebuah lagi makanan dan snek jalan Indonesia masyhur adalah siomay and batagor (diringkaskan dari Bakso Tauhu Goreng), pempek, bubur ayam, bubur kacang hijau, satay, nasi dan mee goreng, taugeh goreng, laksa, dan gorengan (goreng campuran Indonesia).

Snek jalan Indonesia termasuk minuman ais dan manis, seperti es cendol atau es dawet, es teler, es cincau, es doger, es campur, es potong, dan es puter. Kuih dan biskut Indonesia sering digelar jajan pasar. Indonesia memunyai kutipan snek digelar kue (kuih) menyelerakan dan manis. Yang masyhur termasuk risoles, pastel, lumpia, lemper, lontong, tahu isi, lapis legit, getuk, bakpia, bingka ambon, kuih lupis, lemang, kuih pisang, klepon, kuih onde-onde, kuih nagasari, soes, dan bolu kukus.

Penjaja jalan dan tepi jalan adalah umum, tambahan pada penjaja menjaja barangan mereka di atas basikal atau kereta. Kerata ini digelarkan pedagang kaki lima - (dinamakan selepas laluan kaki 5-kaki (1.5 m) luas di Indonesia, meskipun sesetengah orang berkata mereka dinamakan 'lima kaki' selepas tiga kaki kereta dan dua kaki penjaja!), dan banyak dari ini mempunyai penggilan atau lagu berlainan tersendiri mereka untuk mengumumkan barang-barang jualan mereka. Contohnya, penjual bakso akan memukul tepi mangkuk sup, di mana mie ayam diumumkan dengan memukul sebuah blok kayu.